Maklumat Penanaman Marigold Vanilla

Marigold African Vanilla (Tagetes erecta)
Pilihan Warna Yang Bijak!

Kepala dwibunga yang penuh berlapis ini mempunyai pusat yang padat bagi menumpahkan air dan mengelakkan bunga dari berubah coklat untuk masa yang lebih lama. Setiap dwibunga putih berkrim adalah bersaiz di antara 2.5 hingga 3 in./6 hingga 7 cm dalam diameter dan berada di atas daun yang gelap. Masa pembungaan tanaman ini padan dengan Siri Marvel – anda boleh menanam kedua-duanya untuk menawarkan rangkaian warna yang penuh dan hantarkannya ke dalam pasaran hanya dalam masa 11 minggu sahaja. Amat sesuai bagi program 4.5-in./ 11-cm untuk kegunaan dalam bedding / sempadan dan juga bekas bercampur yang besar. Dibekalkan dalam bentuk mentah dan juga bersalut.

Tip Utama: Kekalkan pH tanah di antara 6.2-6.5 bagi mengelakkan ketoksikan zat besi

MAKLUMAT PENANAMAN
Percambahan

Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 6.2 hingga 6.5 dan media dengan caj nutrien pendahuluan (EC) 0.75 mmhos/cm (ekstrak 1:2). Lindungi biji benih dengan lapisan vermikulit yang kasar. Berikan masa 3 hingga 4 hari bagi percambahan.

Penghasilan Anak Benih
Saiz Dulang Semaian: Paling baik dihasilkan dalam dulang semaian dengan 288, 200 lubang atau dulang dengan saiz yang sama.

Media: Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 6.2 hingga 6.5 dan media dengan caj nutrien pendahuluan (EC) 0.75 mmhos/cm (ekstrak 1:2).

Semaian: Lindungi biji benih dengan lapisan vermikulit yang kasar. Berikan masa 3 hingga 4 hari bagi percambahan.

Suhu
Percambahan: 70 hingga 72°F (21 hingga 22°C)
Peringkat kotiledon: 65 hingga 72°F (18 hingga 22°C)
Daun sebenar: 65 hingga 70°F (18 hingga 21°C)
Anak benih: 65 hingga 68°F (18 hingga 20°C)

Cahaya
Peringkat 1: Cahaya adalah tidak perlu bagi percambahan
Selepas percambahan: 1,000 hingga 2,500 f.c. (10,600 hingga 26,500 Lux)
Kematangan anak benih: Sehingga 3,000 f.c. (31,800 Lux)

Kelembapan: Kekalkan kelembapan relatif (RH) 95% sehingga kotiledon muncul.

Kelembapan Tanah: Kekalkan kelembapan tanah yang tinggi sehingga kemunculan radikel. Kemudian, kurangkan kadar kelembapan selepas radikel menembusi media. Jangan biarkan anak benih layu.

Pembajaan
Peringkat 2 & 3: Gunakan 50 hingga 75 ppm N, kekalkan EC 1.0
Peringkat 4: Gunakan 100 hingga 150 ppm N, kekalkan EC 1.0 hingga 1.5. Kekalkan pH dalam lingkungan 6.0 hingga 6.5.
Penggunaan Growth Regulator: Penggunaan growth regulator adalah tidak perlu.

Pertumbuhan Sehingga Dewasa
Saiz Bekas:
Boleh ditanam dalam bekas 4.5-in. (11-cm) atau saiz bekas yang hampir sama.

Media: Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 6.2 hingga 6.5 dan media dengan caj nutrien pendahuluan

Suhu: Malam: 60 hingga 62°F (15 hingga 17°C), Siang: 65 hingga 75°F (18 hingga 24°C)

Cahaya: Kekalkan kadar cahaya di antara sederhana hingga tinggi

Penyiraman: Kekalkan kadar kelembapan yang seragam. Elakkan tanaman dari menjadi layu.

Pembajaan: Bubuh baja setiap minggu dengan 150 hingga 200 ppm N dengan baja yang lengkap. Kekalkan EC media di antara 1.5 hingga 2.0 mmhos/cm dan pH di antara 6.2 hingga 6.8.

Penggunaan Growth Regulator: Penggunaan growth regulator adalah tidak perlu


Masalah Lazim
Penyakit: Damping off semasa peringkat anak benih
Serangga: Aphids, hama, lalat putih